"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, August 29

Eid Mubarak

Selamat hari raya Aidilfitri lovelies :)
May this be the best Eid for all of us.
Maaf zahir dan batin ya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, August 27

of hari raya

tiba-tiba malam ni teringat kampung arwah abah dan raya waktu kecik di kampung tu. rasanya memang tak mungkin akan lupa, tapi saya nak tulis kat sini. in case satu hari ditakdirkan saya lupa macam mana indah rasanya raya waktu kecik dulu.

kampung arwah abah, memang kampung sesangat. tak ada bekalan elektrik, tak ada bekalan air lembaga air perak, dan tak ada jalan berturap. elektrik guna generator, air pulak memang fresh dari bukit dan jalan tanah merah. asal hujan lebat, kereta tak boleh masuk. jadi kami kena jalan kaki atau pun naik motor masuk ke rumah nenek saya yang kami panggil pah bukit (agaknya sebab rumahnya dikelilingi bukit kot). sebab tu, ramai sepupu dan sedara abah yang ada motor besar macam nak masuk motocross. tapi semua benda tu ada lepas abah meninggal. walaupun takda letrik, tv pun cuma ada bila ada generator, tapi raya tetap raya yang meriah, malah itu la tahun-tahun terbaik dalam hidup saya.

asal balik kampung pah bukit, satu perkara yang sangat ditakuti ialah nak mandi pagi. kedua takut ialah kalau nak pergi toilet waktu malam. ketiga takut (kakak-kakak saya) ialah nak cross titi gantung ke madrasah nak semayang raya dan ke rumah makcik. keempat takut, pacat. and ada la a few lagi yang tak patut cerita hehe..

perkara nombor satu tu, sebab air sangat sangat sangat sejuk. nama pun air bukit, lepas tu tadah pulak dalam kolah yang kecik sikit dari kolah masjid dan dibiar berembun. sangat tersiksa. perkara nombor dua, sebab toilet kat luar rumah n mana ada lampu kan. sakit perut, kalau boleh tahan tunggu je la sampai esok. perkara tiga sebab kakak-kakak saya gayat. waktu tu i was too small, pemegang titi tu dalam tangan je siap boleh lompat-lompat lagi kasi diorang lagi takut. sekarang? no no never. perkara empat, pacat tu memang sentiasa ada lepas hujan. jalan-jalan selak lah kain check-check lah kalau ada yang menumpang.

waktu kecik jugak, main mercun n bunga api masih legal. malam raya kat kampung pun meriah sangat, masing-masing bawak bekalan bunga api. kalau beli di kedai kampung tu, bunga apinya pemegang kertas warna merah atau oren, dan banyak asap. kalau up sikit, pemegangnya dawai besi, kurang sikit asapnya, up lagi bunga api yang warnanya tukar-tukar. mercun, hmm takde. tak dibenarkan. bunga api pun mak bahagi sama rata, so that takda yang mengungkit. ada yang bakar dua, tiga batang bunga api sekali gus, nak kasi banyak cahaya sikit. ada yang dengki, main slow-slow sampai yang lain dah hampir habis. lepas tu mula la menunjuk stok bunga api dia lagi banyak. oh u know who u are.

lemang pun, bakar sendiri. makcik pakcik saya mesti gotong royong bakar lemang sehari sebelum raya. pun jakun jugak nak tengok, lepas bakar lemang tu, bara-bara tu diorang bakar pisang pulak. sedap makan panas-panas ye. 

bila hari raya, satu rumah ke satu rumah kami pergi. pak we mak we, tok cik (saya still ingat tok cik ni, rumahnya atas bukit), makcu tipah (dia suka peluk cium, saya tak suka) dan tok itu la tok ini la. semua pun tau ini anak siapa, ini siapa punya. so tak risau pun di situ.

saya experienced semua tu tak lama, abah meninggal. dan raya kami pun tak sama lagi. pah bukit pun dah takda, maksu pun dah buat rumah baru di kawasan lain. end of story.


i just hope that insha Allah one day bila saya ada anak, dia pun berpeluang untuk merasa raya macam yang saya rasa dulu. instead of duduk di rumah tengok tv dan makan kuih raya, ketupat, lemang dan rendang yang dibeli dari kedai.

Wednesday, August 24

ww: the journey


“The road of life twists and turns and no two directions are ever the same. 

Yet our lessons come from the journey, not the destination.”

 

don william, jr

Monday, August 22

Wednesday, August 17

should i..

dear lovelies
i won't be posting anything here until after eid i think. lepas raya baru ada cerita baru agaknya. 
yang sama dengan orang lain which is about hari raya and my first experience raya kat dua kampung. :)

should i just shut this blog off..?
i really have no idea on what to share with you lovelies
life sekarang di atas garisan mendatar. 
what happened to the old me, who used to post at least one entry a day
hello.. where are you?

Tuesday, August 16

recently...

 
most of my time were spent on sewing and studying for exams lately. luckily my last paper will on thursday and i can finish up my orders before hari raya. owh and speaking (i'm writing actually) of raya, this will be my first time splitting raya to two kampungs. even though we're both from the same town, my partner's relatives are mostly in kedah & penang. so we'll be heading there for our eid celebration. nervous, yes. excited, yes.

Saturday, August 13

hello saturday


i'm heading to cheras today, to get myself a new sewing machine. 
my current sewing machine? not so happy with it.

by the way, i was informed about something shocking last night by a friend and was so frustrated. one of my favorite blogger, the one i respect so much for the stories in the blog, eventually copied the beautiful writings from other blogs. i failed to understand why, but i sure feel cheated, and frustrated.

somehow i still hope that i was wrong, and this was just a silly dream. but one link after another came up and i just don't know what to say.

*she confessed about it at her blog and apologized. everyone deserves a second chance and i forgive her*

Thursday, August 11

finally.. a clutch!

after few trials, from curvy clutch to straight cut clutch
i finally managed to get the right size, the right cut for my clutch
not that neat, but for a beginner like me this is good enough :)

sorry, nothing much happened in my life currently. 
i'm mainly busy with sewing or studying for my final exam this week
doakan saya dapat jawab dengan lancar ya, tq lovelies

Wednesday, August 10

Friday, August 5

love Song i love

i love this song so much, super love
first heard it years ago from a band (tak ingat nama)
and now adele sang this song beautifully
so beautiful i thought it's her own song

Wednesday, August 3

Tuesday, August 2

weekend before ramadhan

first of all, SELAMAT BERPUASA to all my muslim readers. may all of us dapat yang terbaik untuk ramadhan tahun ni insha Allah. sorry for my lack of updates, i want to post something here but i really don't have any idea on what to write about. sedih betul.

last weekend i almost bought myself a new sewing machine, to be exact a brother's sewing machine nv-50. but after few considerations and after calling few shops, rasa sayang nak trade in my current machine. maybe lepas raya la kot beli yang baru. so kakak-kakak, sila la hulur duit raya secara maximum. 


went and search for new fabrics for sewfabby~* at ss2. and baru tau that they do offer sewing class for rm50 (2 hours) which i think is a good price since saya pun tak berapa ada masa untuk attend lama-lama. same as bookshop for bookworms, kedai kain & barang jahit pun boleh dilayan berjam-jam bila sekali masuk.

 
you can view the latest collection here. and also, another step i made for sewfabby~* is that i created a Facebook page for my shop which you all can 'like' if you want and get our latest update as we will be having a lucky draw contest very very soon sempena hari raya yang bakal tiba. jom ramai-ramai tengok page tu tauuuu



as for my pokok cili, atas nasihat ramai yang suruh pindahkan pokok-pokok tu ke pasu lain. saya pun dah pilih empat pokok terbaik untuk dipindahkan so we shall see the growth from there. kalau memang ada perubahan, nanti beli lagi pasu-pasu kecik



nampaknya, memang tak sempat la ye nak guna cili ni untuk buat rendang raya.


hari sukan family sempena birthday khayra last week. kecoh umi lindan & mak de wei ni
okay tu je bye
Related Posts with Thumbnails